Pelakon, usahawan dan selebriti media sosial, Zarina Anjoulie Lavocah sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila tampil 'memerangi' penjualan iPhone secara haram atau scam.

Perkara itu didedahkan menerusi beberapa posting di Instagramnya, baru-baru ini.

Menurut Zarina, ramai pengguna telah menjadi mangsa penipuan jualan iPhone yang dibuat secara pra tempah.

"iPhone pre order scam tengok sendiri berapa ramai dah kena tipu," katanya menerusi satu posting di Instagram.

Perkara itu kemudian mendapat pujian ramai dan antara yang turut mencuri tumpuan adalah pengendali akaun @XavierNaxa.

Untuk makluman, akaun tersebut cukup terkenal dalam mengupas isu berkaitan iPhone dan produk gajet lain.

"Terbaik Zarina atas usaha membanteras sindiket iPhone pra tempah.

"Saya telah cuba sedaya upaya menasihatkan pengguna. Namun dengan adanya seorang yang lantang menentang, telah membangkitkan semangat saya untuk sama-sama berjuang

"Cukuplah rakyat Malaysia menjadi mangsa. Sejarah telah tercatat suatu ketika dahulu bahawa ramai rakyat Malaysia menjadi mangsa penipuan iPhone.

"Tidak hairanlah Zarina membanteras habis-habisan sindiket iPhone pra tempah ini yang kebanyakannya dalam kalangan pelajar," katanya menerusi satu posting di Twitter.