Hiburan
"Perangai Kami Sama, Gila-Gila.." - Hanya Kawan, Nabil Mahir Akui Sedang Mengenali Ayda Jebat
Pengacara Nabil Mahir mengakui kini dia sedang mengenali dengan pelakon dan penyanyi Ayda Jebat.
Baru dalam fasa berkawan, Nabil mendedahkan dia sudah lama mengenali Ayda tetapi hubungan mereka baru sahaja rapat.
"Saya dengan Ayda sedang berkawan. Saya mengenali hati budi Ayda sebagai sahabat. Saya sudah lama mengenali Ayda, tetapi kami baru sahaja rapat beberapa bulan kebelakangan ini.
"Buat masa ini, saya selesa untuk tidak berbicara mengenai hal peribadi secara berlebihan. Cukup untuk orang tahu kami sedang berkawan," katanya.
Nabil ditemui di majlis sidang media jalinan kerjasama antara Digital Content Connection (DCC) dan Ace Pictures yang berlangsung di Palace of The Golden Horses, The Mines, Seri Kembangan, semalam.
Mengulas mengenai perwatakan Ayda yang disenangi oleh Nabil, bekas pengacara HLive ini menyifatkan penyanyi lagu Pencuri Hati ini mempunyai dua karakter.
"Sepanjang saya mengenali Ayda, dia seorang yang ceria. Perangai kami sama, gila-gila. Ayda juga kelakar dan baik hati.
"Tetapi, di sebalik karakter gila-gila Ayda, dia mempunyai satu lagi karakter. Ayda seorang yang sangat fokus dalam karier dan mengutamakan kerjaya. Saya senang berkenalan dengan Ayda," katanya lagi.
Must-Watch Video