LAMAN UTAMA
Perangi Pandemik Covid-19 Alvin Chong, Dolla Sertai Larian Secara Maya – Fuhhh…Lain Macam!
Larian secara maya? Macam mana tu? Kedengaran pelik tetapi itulah usaha dilakukakan Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia demi membangkitkan semangat dalam usaha memerangi penularan pandemik COVID-19.
Dua syarikat ini berkolaborasi untuk menghasilkan single terbaru yang bakal dilancarkan pada bulan ini.
Selain itu, larian maya dan konsert siaran langsung bakal diadakan pada April 2021 dan akan disertai artis popular tanah air Alvin Chong dan Dolla selain bintang pop Thai-German Jannine Weigel dan penyanyi lagu Mandopop Malaysia Nicole Lai.
Kolaborasi istimewa bersama Allianz We Care Community ini bakal dimulakan dengan pelancaran sebuah lagu khas daripada Universal Music Malaysia berjudul We Care.
Menterjemahkan mesej positif menerusi lagu ini, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia juga berharap lagu ini akan menginspirasi orang ramai untuk tidak berputus asa dalam menentang pandemik dan terus menyokong satu sama lain dalam tempoh sukar ini.
Lagu We Care diinspirasikan oleh situasi pandemik 2020 yang telah mengubah kehidupan masyarakat seluruh dunia. Sokongan sesama masyarakat adalah sangat penting pada masa ini. Oleh itu, lagu ini diharapkan dapat memperkukuhkan semangat pendengar untuk terus cekal dan tabah.
Ia juga merupakan satu inisiatif yang memberikan perlindungan COVID-19 dan manfaat penjagaan kesihatan percuma kepada pelanggan Allianz Malaysia dan juga mereka yang bukan pelanggan.
“Kolaborasi ini merupakan kerjasama strategi kreatif pertama yang mengetengahkan bakat artis-artis kami dalam menyalurkan kekuatan kepada orang ramai terutamanya dalam masa yang tidak menentu ini, menerusi suara mereka dalam sebuah lagu khas yang dihasilkan oleh produser muzik bertaraf ‘multi-platinum’, Bryan B.
“Dengarkan single terbaru ini di platform penstriman digital (DSP) pilihan anda,” kata Pengarah Kanan Perniagaan Baru dan Selebriti 360 Universal Music Malaysia, Kim Lim.
Lagu We Care dipersembahkan secara eksklusif oleh Alvin Chong, Dolla, Jannine Weigel dan Nicole Lai.
Diterbitkan oleh Universal Music Malaysia, We Care sudahpun dilancarkan di semua platform penstriman digital utama Spotify, Apple Music, YouTube Music, JOOX, iTunes, KKBox dan Deezer pada 15 Januari 2021 lalu.
Untuk merancakkan lagi video muzik rasmi We Care yang akan ditayangkan pada Februari 2021, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia akan memberikan peluang kepada dua orang pemenang istimewa untuk tampil dalam video muzik tersebut bersama keempat-empat penyanyi hebat ini.
Kongsi kisah COVID-19 anda di (http://umusic.digital/sharethecare/) dan berpeluang untuk menjadi sebahagian daripada bintang video muzik tersebut.
Semua peserta juga akan menerima perlindungan COVID-19 percuma di bawah Allianz We Care Community. Tertakluk kepada terma dan syarat.
Rebut peluang untuk tampil dalam video muzik bersama Alvin Chong, Dolla, Jannine Weigel dan Nicole Lai, serta acara larian secara maya dan konsert siaran langsung yang akan datang!
Selain daripada kolaborasi lagu ini, Universal Music Malaysia dan Allianz Malaysia juga akan menganjurkan larian maya We Care dan konsert siaran langsung pada bulan April 2021, di mana hasil daripada kutipan larian maya ini akan disalurkan kepada organisasi amal.
Untuk maklumat lanjut, ikuti @universalmuzikMY dan @AllianzMalaysia di Facebook, serta @universalmusic_my dan @allianzmalaysia di Instagram.
Must-Watch Video