"Perasaan Bercampur Baur Bila Uruskan Perkahwinan Anak Tanpa Suami" - Nora Ariffin

Amri Hassan
Mac 6, 2019 04:44 MYT
Bintang Gegar Vaganza 3 (GV3), Nora Ariffin meluahkan rasa lega selepas selesai majlis resepsi anak sulungnya baru-baru ini.
Kata Nora, bagaimanapun perasaan gembira itu bercampur dengan sayu apabila mengenangkan tiada insan teristimewa iaitu suaminya di sisi ketika ini.
"Tiada apa yang lebih menggembirakan seorang ibu selain dari melihat anak-anak bahagia & selesai tanggungjawab besar.
"Syukur....Lega...seronok...sayu... Perasaan bercampur baur bila menguruskan urusan perkahwinan anak tanpa suami.
"Namun...Allah hantar insan-insan tertentu, anak-anak yang sangat memahami, sahabat-sahabat yang ikhlas membantu mempermudahkan segala urusan," tulisnya dalam sebuah entri di Instagram.
Nora turut berterima kasih buat keluarga dan kenalan rapatnya yang banyak membantu mempermudahkan urusan anaknya itu.
Malah, penyanyi lagu Hanya Satu itu sempat berkongsi momen-momen indah pada majlis menyambut menantu yang diadakan di Bangi pada hujung minggu lalu.
Jom lihat foto-foto menarik sempena hari bahagia anak sulung Nora, Mohd Syakir Iman dan pasangan Eilya Sofea.
#Anak #Nora Ariffin #Sanding