Cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob sebak apabila membuka cerita tentang anak keduanya, Ahmad Fieradz Shah, 12, yang menghidap sindrom Squeaky Baby sejak lahir.
Pernah dimaklumkan anaknya itu cuma punyai tempoh hayat sehingga usia lima tahun, Fazley bersyukur masih diberikan kesempatan untuk bersama-sama Fieradz hingga ke usia 12 tahun.
"Fieradz anak kedua saya yang diduga dengan pelbagai cara. Masa Azrene (isteri) mengandungkan dia, hampir keguguran sebanyak lima kali. Bayi tersangkut leher, jantung lemah, kecil sangat dan macam-macam hal lagi.
"Tapi bila Fieradz keluar dia kurang sebulan setengah daripada masa sepatutnya, dia kurus dan tak cukup nutrisi. Rupa-rupanya bila periksa, dia ada lubang berdekatan dengan leher dia dan berdepan sindrom squeaky baby.
"Bila bernafas ada bunyi dan segala rongga badan dia kecut ke dalam. Doktor cakap umur lima tahun kalau dia masih hidup sekali pun kita kena masukkan tiub di tekak dia. Kami ketika itu menangis berpelukan," ceritanya kepada Gempak.
Hal itu baru didedahkan Fazley ketika meraikan hari jadi anaknya itu baru-baru ini di Instagram.
Melanjutkan bicara, kata Fazley anaknya itu mulai memahami situasi bila mana perhatian lebih diberikan kepadanya berbanding adik-beradiknya yang lain.
"Baru-baru ini sambut hari jadi dia ke-12 dan rasa sangat sedih sebab saya kendong dari kecil, mandikan dan tidur dengan saya. Sampaikan malam-malam saya letak cermin bawah hidung dia, periksa sama ada dia bernafas atau tidak. Saya takut jantung dia berhenti. Hal sama saya buat setiap hari selama 12 tahun!
"Jadi, saya jadi sedih sikit baru-baru ini dia cakap dia dah tak nak tidur dengan saya, tapi bila dia baca posting saya, dia menangis dan rasa bersalah. Dia faham kenapa saya sayangkan dia.
"Kalau dia salah makan, muka semua bengkak dan tekak ketat, akan muntah macam pili air. Kita sebagai parents, menunggu masa untuk anak itu pergi, adalah pengalaman yang orang tak pernah tahu. Sebab itu ramai yang terkejut.
"Tapi syukur, dia boleh main bola, skateboard, kemana-mana saya dukung dia sebab takut dia terjatuh atau terlanggar.
"Hakikatnya, perasaan menunggu anak meninggal dunia adalah perasaan yang saya tak nak ulangi," tambahnya.
Untuk rekod, isteri Fazley, Datin Azrene Ahmad pernah 13 kali keguguran sepanjang mendirikan perkahwinan selama 16 tahun.
BACA: "Walaupun Isteri 13 Kali Keguguran" - Fazley Kongsi Kisah Duka Alam Perkahwinan, 40 Hari Baca Yasin Untuk...
Fazley bagaimanapun cuba mengelak daripada berpisah daripada Fieradz apatah lagi membenarkan anaknya itu melanjutkan pelajaran ke asrama atau ke luar negara nanti.
Bintang Gegar Vaganza 2022 itu ditemui pada pelancaran menu Ramadan & Raya di Manhattan Fish Market, One Utama, Damansara baru-baru ini.
Pelanggan akan berpeluang untuk menikmati menu signatur Manhattan Fish N' Chips dengan Stail Mayo Nogori yang mengetengahkan rasa masak lemak cili api, Salmon Grill segar dengan Sambal Cili Hijay serta Nogori Sharing Platter yang menyediakan kombinasi makanan laut terbaik.
Selain itu, Fazley turut mencipta minuman menyegarkan iaitu Mud Pie Gula Melaka dan Milkshake Gula Melaka sebagai pencuci mulut.
Amri Hassan
Mon Mar 28 2022


Bekas Pemain Bass XPDC, Man Tobey Meninggal Dunia
Al-Fatihah...

“Saya Masih Sayangkan Diana” - Farid Kamil
Semoga ada jalan pendamaian

“Dipping Sos Bukan Cap Ayam, Bahan Premium,” - Didakwa Biskut Harga Kayangan, Shuhada Perjelas Salah Faham Netizen
Bukan yang biasa tapi guna bahan premium tau.

Diana Danielle Fail Cerai Terhadap Farid Kamil?
Ramai yang terkejut...

Pertama Kali Lakukan Adegan Atas Ranjang, Atiqah Hasiholan - “Saya & Pelakon Lelaki Itu Telah…”
Bukan betul-betul pun

Lisdawati Kongsi Pengalaman Pernah Cedera Ketika Penggambaran - “Saya Jatuh Kuda, Nak Angkat Badan Pun Tak Boleh”
Kena sentiasa jaga diri sendiri.

“Terima Kasih Pada Semua Yang Mendoakan” - Ustaz Azhar Idrus Dibenarkan Pulang
Alhamdulillah.

“50 Peratus Persiapan Sudah Dilakukan” - Mimi Lana Bersedia Jadi Isteri Syafiq Kyle
Semoga dipermudahkan

Pelakon Filem John Wick, Lance Reddick Meninggal Dunia
Salam takziah buat keluarga...

Ditidurkan Akibat Pendarahan Dalam Kepala, Stacy Mohon Doa Orang Ramai Buat Kesembuhan Abang
Semoga cepat sembuh