“Perasaan Paling Tak Best, Pantau Sentiasa Suhunya” – Syatilla Melvin Risau Arif Jiwa Demam

Mya Amri
Februari 11, 2019 08:48 MYT
Pelakon, Syatilla Melvin meluahkan rasa bimbang apabila mengetahui anak bekas juri Maharaja Lawak Mega 2018 (MLM2018), Tya Arifin, Arif Jiwa tidak sihat.
Syatilla mendapat tahu mengenai perkara itu menerusi posting yang dimuat naik Tya di akaun Instagramnya semalam.
“Cepet sembuh ya My boyfriend. The power of emak-emak untuk malem ini harus dikeluarkan dulu, begadang oh begadang. Siap-siap jadi security.
“Oiya, slide terakhir Arif berumur 3 bulan, skrg 1 tahun 10 bulan, masih pake kain yang sama,” coretnya.
Posting itu juga disertakan dengan foto yang merakamkan Arif sedang tido sambil kepalanya diletakkan kain basahan untuk mengurangkan panasnya.
Bimbang melihat keadaan Arif, Syatilla meninggalkan komen dan memohon Tya memantau suhu badan anaknya.
““Ya Allah ini perasaan yang paling tak best! Bila anak demam pantau sentiasa suhunya Tya,” komennya.
Tya juga membalas komen berkenaan sebagai tanda terima kasih kepada Syatilla.
“@samtilla iya kakak huhu, thank you kak,” balasnya.
Foto: Instagram @tyaarifinnw / @arifjiwaayraf
#Syatilla Melvin #Tya Arifin #Arif #Jiwa