Ibu mana yang tidak bangga kalau anaknya dapat mengikut jejak langkahnya.
Begitu juga dengan Liza Hanim yang memang terkenal dengan kemerduan suaranya.
Pada satu entri di Instagramnya, Liza berkongsi satu video anak sulungnya, Marsya Qistina yang memasuki pertandingan nyanyian di sekolahnya.
"Perasaan seorang mama bila kuah tumpah ke nasi. I just have to post this video.
"Anak sulung ku bertanding menyanyikan Tiada Lagi Tangisan. I am so proud of you my girl. Congrats Marsya Qistina juara hari ini," tulis Liza bangga dengan anaknya.
Melalui perkongsian hidup dengan suaminya, bekas ahli kumpulan Indigo, Mohd Shahrin Mohd Samsudin, pasangan ini dikurniakan lima orang cahaya mata.
Kisah Si Ranum Bercakap Dengan Jin… Eh… Jun! | Singgah Set
Wow! Lain macam tajuk drama terbaharu daripada Astro kali ini ya! Bercakap Dengan Jun ni buatkan ada orang fikir salah typo atau orang ingat cerita mistik tapi drama bersiri ini mengisahkan seorang pencopet yang bernama Jun dalam meneruskan kerjayanya sebagai pencopet professional. Istimewa kisah ini, ada seorang bayi bernama Ranum akan menjadi sidekick Jun, Luth dan Lily.
Korang nak tengok tak BTS pembikinan drama ini? Jom strim sampai habis!
Kalau korang nak layan lagi moment-moment panas yang terjadi di set drama, korang boleh saksikan #SinggahSet setiap Jumaat, 5:00 petang di www.gempak.com! Confirm panas!
Saksikan #BercakapDenganJun
Mulai 1 Mei 2024
Setiap Rabu & Khamis, 9 Malam di Astro Ria dan Strim Astro GO
Bersama dengan Dini Schatzmann, Kahoe Hon, Qistina Rania, Fikry Ibrahim, Musyi Mohtar, Hilal Azman, Jun Lojong, Emelda Rosemila & pelakon-pelakon hebat yang lain.