“Peraturan Baru, Satu Mainan Satu Surah” – Cara Shuib Didik Anak Dapat Pujian Netizen... Alhamdulillah!

Mya Amri
November 27, 2018 09:34 MYT
Pelakon dan pelawak, Shuib Sepahtu mendapat pujian selepas peminat melihat caranya mendidik anak untuk menghafaz ayat suci Al-Quran.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram (IG), Shuib telah memuat naik video pendek anak sulungnya, Uwais Alqarni membaca surah Al-Kafirun sebelum dibenarkan memilih permainan yang diingini.
“Peraturan baru, satu mainan satu surah, #uwaisalqarni #persuibofhappyness #shuibchannel,” tulis kapsyen ringkas Shuib.
Sehingga kini video itu mendapat lebih 200,000 tontonan sejak dimuat naik semalam.
Sementara itu, menerusi ruangan komen rata-ratanya memuji tindakan dan cara Shuib mendidik anak-anaknya.
Mereka juga berpendapat itu merupakan salah satu cara untuk membentuk anak-anak yang baik dan mendengar kata di masa hadapan.
Foto: Instagram @shuibsepahtu
#Anak #Shuib SepahTu