Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Laman Utama

Peratusan Rakyat Malaysia Jalani Pemvaksinan Lepasi Negara-Negara Jiran

Asraf Aided 03/06/2021 | 11:05 MYT
Satu perkembangan positif mengenai negara kita, setakat semalam, kadar rakyat Malaysia yang telah menerima suntikan vaksin sekurang-kurangnya satu dos telah melepasi beberapa negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan Vietnam.
Perkara itu diakui oleh Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin.
Menurut beliau, meskipun jumlah rakyat yang menerima vaksin itu bukan satu perlumbaan, tetapi membuat tanda aras dengan negara-negara lain adalah satu perkara yang baik.
"Walaupun ini bukan satu perlumbaan, adalah baik untuk kita sentiasa menanda aras dengan negara-negara lain. Manakala dari segi kadar suntikan harian, saya telah minta supaya ia sentiasa ditingkatkan dari hari ke hari.
"Semalam, kita telah merekodkan 105,655 suntikan dengan kebanyakannya merupakan suntikan dos pertama," katanya dalam sidang media bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow selepas melawat Pusat Pemberian Vaksin (PPV) SPICE, The SPICE Arena hari ini.
Dalam pada itu, Khairy yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi itu berkata, pihaknya menyasarkan untuk memberikan 150,000 dos suntikan setiap hari dalam bulan ini dan ditingkatkan kepada 200,000 sebaik memasuki bulan hadapan.
Jelas beliau, usaha itu akan dibantu dengan penubuhan lebih banyak PPV yang turut melibatkan klinik swasta di seluruh negara, serta melalui sistem pandu lalu.
Sumber & Kredit Foto: BERNAMA
#Malaysia #KJ #Vaksin #COVID-19
;