Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Perbicaraan Kemaluan Bau Ikan Masin Bikin Stress! Suami Aktres Indonesia Janji Bawa Bercuti Ke Bali & Pesan Jangan Tinggal Solat

Amri Hassan
31/01/2020 00:39 MYT
Prosiding perbicaraan kes kemaluan berbau ikan masin benar-benar membuatkan pelakon Indonesia, Fairuz A. Rafiq tertekan.

BACA: Huru Hara! Aktres Indonesia Pengsan Ketika Perbicaraan Kemaluan Bau Ikan Masin... Puncanya...

Oleh itu, suaminya, Sonny Septian mengambil pendekatan untuk menghiburkan dan memberikan sokongan tak berbelah bagi kepada Fairuz.

Janjinya, Sonny akan membawa Fairuz bercuti ke Bali, Indonesia untuk menenangkan jiwa serentak sempena ulangtahun isterinya pada Mac nanti.

"Insya-Allah ada perancangan sempena ulangtahun Fairuz pada bulan Mac nanti akan berjalan-jalan, tenangkan diri ke Bali kalau kes ini sudah selesai.

"Kenapa Bali? Kerana kisah kami bermula di situ. Banyak kenangan indah," katanya memetik laporan Liputan 6.

Selain sentiasa memberikan sokongan moral, Sonny sentiasa mengingatkan isterinya itu untuk tidak melupakan soal ibadah.

"Ya, saya menemani dia, memberikan sokongan dan tak mampu tinggalkan dia lama-lama.

"Selalu terburu-buru pulang ke rumah untuk bersama dia.

"Kalau sekarang cuma boleh menenangkan dia dan menyuruhnya tidak lupa mendirikan solat. Kerana jalan keluarnya hanya Allah yang tahu," ujarnya.

Sumber: Liputan6
#Indonesia #Fairuz A. Rafiq #Sonny Septian
;