,
Laman Utama

Perbicaraan Kes Awal Ashaari Disaman RM300,000 Bermula Hari Ini, Saksi Sudah Beri Keterangan

Amri Hassan
04/04/2022
09:22 MYT
Saksi-saksi plaintif dari Naz Carpentry memberi keterangan diikuti dengan defendan, hos televisyen Awal Ashaari bagi perbicaraan kes saman pelanggaran kontrak yang dijalankan melalui atas talian menerusi aplikasi Zoom di firma guaman Hafarizam, Wan & Aisha Mubarak yang berlangsung pada Isnin.
Pengurus krisis dan jurucakap Naz Carpentry, Saiful Ridzuan dari firma Saiful Ridzuan Public Relations and Communications mengesahkan yang perbicaraan kes saman sivil itu bermula pagi tadi. Perbicaraan akan berjalan selama tiga hari dan akan bersambung pada dua hari seterusnya, 5 dan 6 April.
"Setelah berbincang dengan barisan peguam dan mendengar pendapat mereka, Naz Carpentry membuat keputusan untuk melalui proses perbicaraan bagi menyelesaikan krisis yang dihadapi," kata Saiful Ridzuan.
Saman yang difailkan oleh plaintif pada Februari tahun lepas itu mendakwa defendan, Awal Ashaari, melanggar kontrak dengan memberhentikan Naz Carpentry daripada meneruskan kerja pengubahsuaian di premis baru beliau dan memungkiri perjanjian yang dipersetujui kedua-dua pihak.
Plaintif, dalam samannya, menuntut lebih dari RM300,000 dibayar oleh defendan termasuk bagi baki bayaran untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang telah disiapkan, pembayaran balik jumlah tajaan yang sepatutnya ditaja melalui pengiklanan dan promosi perniagaan di laman media sosial, baki jumlah keseluruhan yang masih belum dijelaskan, kos upah kerja tambahan dan kos-kos lain.
Naz Carpentry juga menuntut deklarasi bahawa defendan tidak layak untuk menuntut pembayaran balik wang pendahuluan berjumlah RM100,000 yang dibayar kepada syarikat tersebut bagi memulakan kerja.
Peguam utama Naz Carpentry, Nurul Hafidzah Hassan berkata pihak plaintif akan memanggil seramai dua saksi dan pihak defendan hanya mengemukakan seorang saksi iaitu Awal Ashaari sendiri bagi memberi keterangan semasa kes berlangsung.
"Kedua-dua pihak tidak mencapai persetujuan semasa proses mediasi yang dicadangkan oleh pihak defendan sebelum ini maka barisan peguam kepada pihak plaintif akan memberikan yang terbaik bagi membela nasib anak guam semasa perbicaraan," ujar Nurul Hafidzah.
Sebelum itu, pada November 2020, Naz Carpentry menyaman Awal Ashaari dan dua defendan yang lain setelah mendakwa pengacara televisyen tersebut mengeluarkan kenyataan fitnah, melakukan pembulian siber dan ugutan undang-undang tanpa henti melalui akaun media sosial beliau.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Hiburan

One Astro Fan Fest: Hos Hebat Bergabung! Temui Munabella, Sean Lee, Hunny Madu, Keanu Azman & Nana Mahazan 23 November Ini

gempak
20/11/2024
12:31 MYT
Bermula 22 hingga 24 November, pelanggan Astro dan peminat eksklusif bakal bertemu dengan superstar Korea Yeo Jin Goo sempena One Astro Fan Fest di Sunway Pyramid.
Hiburan

Prosiding Cerai Diadakan Secara Tertutup, Farid Kamil Sempat Berselawat Sementara Menunggu

gempak
20/11/2024
02:08 MYT
Pelakon Farid Kamil dilihat berselawat sementara menunggu prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian yang difailkan isterinya, aktres Diana Danielle.
Hiburan

Mohon Doa Yang Terbaik, Diana Danielle & Farid Kamil Hadir Berasingan Ke Mahkamah - “Saya Harap Semua Dapat…”

gempak
20/11/2024
01:42 MYT
Pelakon Diana Danielle memilih untuk tidak mengulas berhubung prosiding pengesahan rujuk dan permohonan perceraian terhadap suaminya iaitu aktor Farid Kamil.
Berita

Bakal Calon SPM Hadapi 63 Pertuduhan Amang Seksual, Pornografi Kanak-Kanak

gempak
18/11/2024
04:50 MYT
Bakal calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dari sebuah sekolah menengah di Sri Gading, dihadapkan ke Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor, hari ini, atas 63 pertuduhan amang seksual bukan fizikal termasuk memiliki video pornografi kanak-kanak.
Terkini

Bekas Adik Ipar Saman Iqbal Zulkefli Lebih RM5 Juta? - “Saya Sudah Penat Dengan Permainan Bodoh…”

gempak
16/11/2024
07:55 MYT
Ayunie atau nama sebenar Anes Ayunie Osman, 22, berkata, tindakan itu dibuat selepas Iqbal didakwa membuat tohmahan dan memfitnah sehingga mencemarkan maruah dirinya termasuk mengalami kerugiaan dalam perniagaan.
Unitar