Laman Utama

Perbicaraan Kes Ebit Lew Terhadap Pertuduhan Membuat Hantaran Gambar & Perkataan Lucah Akan Dibicara Pada…

gempak
Gempak
23/04/2022
01:40 MYT
Sponsor Banner
Perbicaraan Kes Ebit Lew Terhadap Pertuduhan Membuat Hantaran Gambar & Perkataan Lucah Akan Dibicara Pada…
Mahkamah Majistret hari ini menetapkan 1 hingga 5 Ogos depan sebagai tarikh perbicaan kes pendakwah terkenal Ebit Irawan Ibrahim Lew atau dikenali sebagai Ebit Lew.
Memetik laporan Utusan Borneo, Majistret Nur Asyraf Zolhani turut membenarkan permohonan bagi menjalankan 11 pertuduhan itu secara bersama.
Ebit, 37, didakwa atas 11 pertuduhan membuat hantaran gambar dan perkataan lucah bermaksud mengaibkan kehormatan mangsa melalui aplikasi WhatsApp antara Mac hingga Jun 2021.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga lima tahun dengan denda, atau kedua-duanya sekali.
Terdahulu, pendakwaan mengemukakan permohonan bagi menjalankan perbicaraan 11 pertuduhan itu bersama kerana bukti dan saksi bagi kesemua pertuduhan saling berkaitan.
Peguam mewakili Ebit, Ram Singh tidak mengemukakan sebarang bantahan kepada permohonan itu selagi ia membabitkan seorang pengadu.
Pengarah Pendakwaan Negeri, Muhammad Ilmami Ahmad dan Timbalan Pendakwa Raya Azreen Yas Mohammad Ramli mewakili pihak pendakwaan.
Ebit turut diwakili Peguam Kamaruddin Mohmad Chinki dan Timothy Daud.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live