Hiburan
"Perbualan Tak Lama Tapi Jauh Di Lubuk Hati..." - Dapat Berlakon Di Indonesia, PU Riz Terkenang Nasihat Ashraf Sinclair
Pencetus Ummah (PU) Riz berkongsi kenangan dapat bertemu dengan Allahyarham Ashraf Sinclair.
Menurut Riz, secara kebetulan dia berpeluang berjumpa arwah ketika menjalani sesi penggambaran di Indonesia.
Walaupun pertemuan itu singkat, kata Riz suami kepada aktres terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari (BCL) sangat tidak lokek ilmu serta nasihat untuk dikongsikan bersama.
"Masa dapat tawaran berlakon di Indonesia dulu, alhamdulillah semuannya berjalan lancar syukur.
"Cuma aku macam ada masalah bila nak bertutur dalam bahasa Indo dengan baik.
"Di Indonesia ada satu tempat (set pengambaran yg semua tempat ada di situ), macam perkampungan untuk shoot, jadi bagi production manager tak pening sebab lokasi semua dekat situ je.
"Nak jadikan cerita Ashraf Sinclair masa tu shoot dekat situ juga, aku memang minat juga lakonan dia and adala aku jumpa di bilik make up, bila dia tahu aku orang Malaysia, ada la juga aku minta tips macam mana nak bertutur dan lain-lain.
"Kita berlakon set lain lain cuma sebabkan macam yela jumpa orang kampung then dia bagi nasihat kalau nak terus di Indonesia.
"Saya hanya nak ucapkan terima kasih kepada abang Ashraf untuk segala nasihat walaupun perbualan tu tak lama tapi jauh di lubuk hati, saya tahu dia baik orangnya insya-Allah," tulisnya.
Pendedahan itu dibuat menerusi sebuah entri di Instagram (IG) miliknya semalam.
Terdahulu, Ashraf Sinclair, 40, dilaporkan meninggal dunia akibat serangan jantung kira-kira pukul 4.00 pagi (waktu tempatan) pada Selasa.
Allahyarham meninggalkan balu, BCL dan seorang cahaya mata lelaki, Noah Sinclair, 10.
Must-Watch Video