Siapa sangka, muka depan komik DC 'Tales From The Dark Multiverse: Batman Knightfall' yang bakal dikeluarkan tidak lama lagi ini sebenarnya dihasilkan oleh anak kelahiran Malaysia.

Karya tersebut dihasilkan oleh pelukis Alan Quah.

Menerusi satu posting di Facebook, Quah berkongsi khabar berita itu kepada umum.

Menurutnya, dia menerima panggilan daripada wakilnya beberapa minggu lalu mengenai peluang berkenaan.

"Daniel Scott memberitahu saya penerbit popular, DC telah menawarkan peluang untuk menghasilkan muka depan komik Batman.

"14 tahun saya tunggu peluang ini khususnya untuk melukis komik terbitan DC.

"Ini antara momen yang akan saya ceritakan kepada cucu saya nanti," katanya.

Menerusi ruang komen, rata-rata warganet mengucapkan tahniah atas pencapaian tersebut.

Anda boleh lihat hasil muka depan komik tersebut di bawah.

Difahamkan komik 'Tales From The Dark Multiverse' akan dilancarkan pada 16 Oktober ini.

Apapun tahniah kepada Quah kerana membanggakan nama Malaysia!