Percaya Kad Tilik & Batu Kristal, Gisele Bundchen Tak Kisah Digelar Ahli Sihir
Maliah Surip
23/03/2023 14:50 MYT
23/03/2023 14:50 MYT
Bekas model Gisele Bundchen yang baru bercerai dengan suaminya, Tom Brady mengatakan dirinya sering dianggap sebagai ahli sihir.
Perempuan dua anak iaitu Vivian, 10, dan Benjamin, 13, itu malah mengaku tidak kisah jika label tersebut diberikan kepadanya. Bundchen kata dia tidak peduli kerana berasa ‘kepercayaannya’ adalah betul.
Bundchen digelar ahli sihir kerana percaya dengan kad tilik nasib dan begitu taksub dengan kepercayaan benpandukan dunia astrologi.
Dia mengaku menyimpan beberapa jenis batu kristal yang dipercayai boleh menyalurkan enegri sepertu amethyst. Selain batu kristal tersebut, dia juga memiliki kad tilik nasib yang diinspirasikan daripada kepercayaan Buddha dan disimpan di tepi katilnya.
Tidak hanya itu, dia juga melukis kad tilik nasib yang dipercayai mampu menjadi panduan melihat masa depan.
“Saya rasa kerana itulah mereka menggelarkan saya ahli sihir. Jika anda mahu memanggil saya ahli sihir hanya kerana saya percaya kepada astrologi, sukakan batu kristal dan berdoa, silakan.
“Saya memang percaya dengan kekuatan alam semulajadi,” katanya saat menjadi wajah sampul Vanity Fair, seperti dilaporkan Daily Mail.uk.
Pada masa sama, perempuan yang memegang status janda selepas 13 tahun berkahwin itu berkata dia tidak lagi percaya terhadap kehidupan yang romantik.
“Jangan beri kuasa anda kepada orang lain. Ini kehidupan anda. Ini cerita anda dan anda adalah pengarah dalam kehidupan sendiri,” katanya lagi.