Pelakon Syazuwan Hassan menyatakan hasratnya untuk mengembangkan lagi bakat lakonannya dan menceburkan diri dalam industri perfileman.
“Saya sebenarnya kalau boleh nak keluar dari kepompong ini. Maksud saya, kalau boleh sudah tentu saya nak jadi yang lebih baik.
“Pernah juga terfikir nak banyakan lagi projek-projek atau kerja yang melibatkan filem sekuranya bakat saya bolehlah dikembangkan,” ujar Syazuwan kepada Gempak.
Bagaimanapun pemilik nama, Muhammad Syazuwan Hassan,34, berkata dia sedikit pun tak berasa kecewa sekiranya peluang untuk berlakon di layar perak belum kunjung tiba.
“Tetapi jujur saya cakap.. Saya tak kecewa jika impian itu belum tercapai lagi. Kerana saya percaya pada rezeki.
"Insya-Allah mungkin hasrat itu terlaksana satu hari nanti," ujarnya ketika ditemui di set pengambaran Bisikan Dosa baru-baru ini.
Syazuwan kini sedang sibuk menjalani penggambaran filem Bisikan Dosa arahan Faizul A Rashid.
Pelakon tinggi lampai ini juga mengakui gembira menjayakan projek filem berkenaan.
Selain Syazuwan, filem ini turut dibintangi Farid Kamil, Uqasha Senrose dan Sherry Merlis.