Pencetus Ummah (PU) Amin memadam posting berkaitan tegurannya berhubung isu sesi fotografi baju pengantin yang dilakukan di kawasan perkuburan oleh sebuah pemilik butik yang viral baru-baru ini.

Katanya, tindakan itu dibuat selepas pemilik perniagaan baju pengantin berkenaan mengakui kesilapan diri dan sudah mengemukakan permohonan maaf.

"Alhamdulillah pemilik perniagaan baju pengantin Mummy Queen dah minta maaf. Maka kita berlapang dada dan saling bermaafan darinya.

"Tidak ada manusia yang sepi daripada kesalahan. Saya dan kalian juga kerap melakukan kesilapan. Maaf bermaafan amalan kita bersama. Oleh itu, saya telah memadamkan posting saya berkaitan isu ambil gambar di kubur tersebut," tulisnya di Instagram.

Pada masa sama, PU Amin turut meluahkan rasa bimbangnya dengan trend masyarakat kini yang suka menggunakan kuasa viral dengan cara pemasaran yang mampu memberi kesan buruk kepada masyarakat.

"Menjadi pengajaran pada kita semua agar berhati-hati ketika melakukan sesuatu perkara . Ya kita kecewa dengan apa yang telah berlaku, namun kita wajib memberikan peluang pada semua orang..

"Namun, Percayalah selepas ini pasti banyak lagi siri ‘bad marketing viral’ yang akan dilakukan. Inilah kesan yang kekal pada masyarakat," tulisnya.

Sebelum ini, PU Amin menegur tindakan pemilik butik tersebut yang disifatkan sebagai tidak menghormati sensitiviti agama lain.

BACA: "Hormat Agama Lain, Kalau Dekat Kubur Kita Macam Mana?" - PU Amin Mohon Maaf Isu Bergambar Di Kubur Kristian

Terdahulu, sebuah pemilik butik telah mencetus kemarahan netizen apabila bertindak keterlaluan dengan menjalankan sesi fotografi di tanah perkuburan Kristian.

BACA: ‘Photoshoot’ Baju Pengantin Di Tanah Perkuburan Kristian Cetus Kemarahan Netizen!