Percutian Jadi Tragedi! Wanita Berstatus Datuk Dibunuh, Jutawan Pemilik Kelab Bola Sepak Cari Suspek
16/12/2022 04:52 MYT
Seorang wanita yang popular dengan panggilan Datuk Diva dibunuh di rumah agam sebuah pulau persendirian milik jutawan terkenal, Meter Bront!
Datuk Diva yang juga pemilik kelab bola sepak Kolam Air Panas sebelum ini menjadi seteru dengan Meter Bront yang juga seorang pemilik kelab bola sepak Kolam Air Sejuk.
Kes pembunuhan yang berlaku itu bagaimanapun mencetuskan kerisauan dan banyak pertanyaan akan motif dan suspek yang terbabit.
Lebih mengelirukan apabila Meter Bront, 56, turut berdukacita dengan kematian Datuk Diva. Malah, memohon bantuan orang ramai untuk merungkai kes pembunuhan terbabit.
"Saya akan memberi ganjaran kepada orang yang dapat mencari saya pembunuh Datuk Diva, dengan percutian ke Bali," kata Meter Bront.
Justeru, Meter Bront telah mendedahkan beberapa identiti individu yang mungkin berkait rapat dengan Datuk Diva sebelum dan pada saat-saat terakhir kematiannya.
Antara individu yang menjadi suspek dalam kes pembunuhan Datuk Diva ialah pengurus media sosial Kolam Air Sejuk FC, Jasmine, bekas suami arwah, Datuk Azman serta kapten kelab bola sepak Kolam Air Panas, Chong Weng Soon.
Suspek pembunuhan!
Jasmine
Merupakan pengurus media sosial Kolam Air Sejuk FC dan seorang wartawan yang bercita-cita tinggi. Sentiasa mengikuti trend terkini di media sosial untuk mempromosikan Kolam Air Sejuk FC. Tetapi mungkinkah cita-citanya yang tinggi menjadi salah satu motif yang membawa kepada kesilapan hingga boleh mengancam nyawa Datuk Diva?
Datuk Azman
Seorang usahawan yang sentiasa menekankan keterampilan untuk mendapatkan rakan bisnes yang tepat. Juga bekas suami arwah Datuk Diva! Mungkinkah Datuk Azman mahu membalas dendam terhadap kegagalan hubungan mereka?
Weng Soon
Kapten bola sepak Kolam Air Panas, Weng Soon sentiasa mencuba untuk mengejar keghairahannya, mematuhi obligasi dan peraturan penajaan yang ditetapkan oleh Datuk Diva. Sejauh mana Weng Soon mampu untuk memenuhi segala tuntutan tersebut?
Jadi, siapakah yang anda fikir mungkin menjadi suspek kepada kes pembunuhan Datuk Diva? Saksikan episod penuh di Facebook Astro! Rungkaikan misteri dengan menulis jawapan anda di ruang komen video, senjata manakah yang digunakan oleh pembunuh dan berpeluang menang percutian ke Bali, Indonesia untuk dua orang!
Biarpun Meter Bront menjadi individu yang cuba membantu merungkaikan kes pembunuhan Datuk Diva, tidak mustahil beliau juga suspek dalam kes ini memandangkan mereka sememangnya bermusuhan dari dulu lagi.
Dalam episod kedua nanti, pembunuh sebenar akan didedahkan dan anda akan mengetahui sama ada tekaan anda tepat atau tidak. Pemenang peraduan yang membantu misi Bront Meter mencari pembunuh sebenar akan diumumkan di Facebook Astro pada 22 Disember.
Langgan Pek Astro Sports Plus pada hanya RM119.99/sebulan untuk 12 bulan* sekarang dan dapatkan akses ke Neflix untuk menyaksikan juga filem asal Glass Onion: A Knives Out Mystery pada 23 Disember nanti.
*Tertakluk Terma & Syarat Layari astro.com.my atau Whatsapp "Get Astro" ke 03-9543 3838