READ
Percutian Mewah LITTLE MISS KHAN — Buat Netizen Makan Hati Melihatnya, Tak Percaya Lihat Ini!
Oleh: Norhaizan Ahmad

Kredit foto: Nur Ameera Khan
“Kembara kali ini memang tidak dijangka. Kerana ikut jadual hanya Kak Lofa dan Kak Nabila yang sepatutnya pergi ke Milan atas undangan Swarovski. Kak Lofa memang nak bawa Ameera tapi tak berani nak tanya daddy. Entah macam mana daddy izinkan Ameera ikut mereka kerana daddy tahu yang Ameera memang sukakan fesyen.
Ya, Milan antara kota fesyen dunia yang wajar dilawati. Bila dapat tahu sahaja yang Ameera boleh pergi ke Milan, hati berbunga riang,” ujar Nur Ameera Khan atau lebih dikenali sebagai ‘littlemisskhan’ di laman Instagram. Gadis manis ini adik kepada Neelofa.