Tan Sri Muhyiddin Yassin akan menerima suntikan pertama vaksin COVID-19 pada 24 Februari ini di Klinik Kesihatan Putrajaya, lapor AWANI.

Ia sekali gus menyaksikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan diawalkan dari tarikh yang ditetapkan pada 26 Februari.

Selain Perdana Menteri, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin berkata turut akan menerima suntikan pada hari sama ialah Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Katanya, Perdana Menteri akan menerima suntikan selepas Mesyuarat Jemaah Menteri.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas ketibaan kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech di Lapangan Terbang Antarabang Kuala Lumpur (KLIA) pada Ahad.

Kredit Foto : Astro AWANI