Laman Utama
Perdana Menteri Tinjau SOP...Sempat Beli Kuih Kaswi & Mi Kolok
Dalam kemeriahan menyambut Ramadan dimana kelonggaran diberikan kerajaan tahun ini berbanding pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu, pematuhan prosedur operasi standard (SOP) haruslah sentiasa diutamakan.
Memetik laporan BERNAMA, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin turun padang berkunjung ke bazar Ramadan di Presint 3, Putrajaya sekitar jam 5.00 petang semalam.
Kehadiran beliau selama lebih kurang setengah jam itu adalah untuk memantau kepatuhan orang ramai kepada SOP yang ditetapkan.
Muhyiddin turut berbual dengan peniaga ketika membeli beberapa juadah seperti kuih kaswi gula merah, laksa dan mi kolok.
Difahamkan, beberapa orang peniaga di situ tidak menyangka dan tidak perasan pada mulanya gerai mereka dikunjungi Perdana Menteri Malaysia itu.
Ia disebabkan wajah Muhyiddin tidak kelihatan sepenuhnya kerana memakai pelitup muka.
Kredit Foto: AWANI