Laman Utama

Pereka Belanda Mohon Maaf Isu Baju Kurung Tapi Tetap Kena 'Basuh' Dengan Artis & Netizen

gempak
Amri Hassan
18/01/2021
02:10 MYT
Sponsor Banner
Pereka Belanda Mohon Maaf Isu Baju Kurung Tapi Tetap Kena 'Basuh' Dengan Artis & Netizen
Pereka fesyen kelahiran Belanda yang menetap di Malaysia, Lisette Scheers tampil membuat permohonan maaf berhubung kenyataannya terdahulu mengenai isu baju kurung.
BACA: “Saya Pakai Baju Kurung Setiap Hari” - Raja Permaisuri Agong Komen Isu Pereka Fesyen Berbangsa Belanda ‘Tunjuk Pandai’
Lisette yang mahu baju kurung kembali digayakan semula dan melihat orang Melayu berpakaian cantik mendapat kecaman hebat daripada warganet sejak minggu lalu.
"Saya ingin memohon maaf atas salah faham dan telah memberikan pemahaman berbeza kepada orang ramai.
"Saya sentiasa menganggap Malaysia sebagai rumah saya dan saya mencintai negara ini.
"Bagi saya Malaysia sumber inspirasi dan apa yang membuatkan ia istimewa kerana rakyatnya dan saya sentiasa belajar setiap hari," tulisnya menerusi akaun Instagram rasmi, Nala Designs.
Bagaimanapun, kenyataan Lisette itu membuka ruang lebih besar kepada netizen dan rakan selebriti untuk menyatakan pandangan dan menyelar tindakannya terdahulu.
"Lisette, walaupun saya berdarah kacukan, saya hidup dengan baju kurung dan kain batik. Apa yang kamu perkatakan kurang tepat," kata Catriona Ross.
"Hanya dengan beberapa minit selepas keluar rumah saya dapat lihat lima wanita berbaju kurung. Jadi, kenyataan anda seperti tidak masuk akal," tambah Hunny Madu.
"Harap anda perbetulkan kesilapan ini. Kita sepatutnya sentiasa menyokong satu sama lain ketika ini," tulis Jeslina Hashim.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024