Laman Utama
Pereka Fesyen Amerika Syarikat Menang Miss Universe 2022, Semak Fakta Menarik R’Bonney Gabriel
Pereka fesyen kelahiran Amerika Syarikat, R'Bonney Gabriel, 28, dinobatkan sebagai juara Miss Universe 2022 dalam pertandinga yang berlangsung di New Orleans, Louisiana, Amerika Syarikat pada Sabtu (waktu tempatan).
Gabriel mengenepikan dua pencabar terdekat iaitu Miss Venezuela (Amanda Dudamel) dan Miss Dominican Republic (Andreína Martínez) yang masing-masing menduduki tempat kedua dan ketiga.
Dalam acara terbabit, Gabriel, yang berdarah kacukan Filipina-Amerika Syarikat itu menerima tiara dari bekas Miss Universe 2021, Harnaaz Sandhu.
Dalam pertunjukan national costume, Gabriel meraikan kejayaan NASA yang pertama kali menghantarkan manusia ke bulan. Kostum seberat 15 kilogram itu direka oleh Patrick Isorena.
Untuk info, Gabriel merupakan lulusan fesyen dari University of North Texas pada tahun 2018 dan mula menjahit sejak umur 15 tahun.
Sebelum dinobatkan sebagai Miss USA, Gabriel aktif dalam bidang peragaan sejak lima tahun lalu.
Sementara itu, antara momen yang melakar sejarah dalam penganjuran Miss Universe edisi ke-71 apabila Miss Laos, Payengxa Lor menjadi calon tunggal dari negara Asia Tenggara yang lolos ke pusingan Top 16.
Pusingan itu turut mengenepikan negara Filipina selepas 12 tahun tidak pernah terlepas daripada lolos ke pusingan tersebut dan Thailand yang menjadi wakil pilihan ramai.
Namun, Thailand tidak berputih mata apabila Anna Sueangam-iam dianugerahkan Social Impact Awards dalam pertandingan tersebut.
Miss Ukraine menerima anugerah Spirit of Carnival Awards (National Costume) manakala Miss Chile dan Miss Malta dinobatkan sebagai pemenang Miss Congeniality tahun ini.
Malaysia kembali menghantar wakil untuk bertanding pada tahun ini menerusi Lesley Cheam.
Pertandingan Miss Universe ke-71 itu merupakan edisi pertama di bawah penganjuran baharu milik jutawan Thailand, Anne Jakrajutatip.
Miss Universe 2023 akan dianjurkan di El Salvador!
Must-Watch Video