Laman Utama
"Perempuan Ada PCOS Ni Memang Payah Turunkan Berat Badan,"- Isteri Adam Corrie Turun 16kg Selepas Lakukan Ini...
Isteri kepada pelakon Adam Corrie, Fazema Mohd Fuad di Instagram kepayahannya untuk turunkan berat badan selepas disahkan menghidap PCOS (Sidrom polisistik ovari)
Menurut Fazena atau lebih dikenali sebagai Fazi akui wanita yang mengalami masalah itu akan sukar hendak menurunkan berat badan lebih-lebih lagi seperti di usianya yang berada di pertengahan 40-an.
"Orang ada PCOS ni memang payah turun berat badan.. tambah-tambah dah berusia pertengahan 40an.
"Saya cuba apa-apa pun pipi mak (saya) memang bulat macam tomato tak kisahlah kurus ke gemok," katanya.
Fazi berkongsi perkara berkenaan di akaun Instagram miliknya.
Dalam masa yang sama dia memuat naik video TikTok tentang dua situasi yang sering ditanya sejak menjadi kurus.
Pertama situasi yang sering dihadapi apabila ramai mendakwa dia kurus kerana sakit namun Fazi menjawab dia hanya mahu lebih sihat.
"Tak sakit tapi cuma nak jaga kesihatan. Terima kasih ambil berat," jawabnya.
Selain itu dia turut berkongsi tips bagaiman bokeh menurunkan berat badan sehingga 16 kilogram (kg).
"Saya buat brisk walk setiap hari, kalori defisit dan tidur awal.
"Alhamdulilah tiga bulan turun 16kg," dedahnya.
Fazi dan Adam dikurniakan seorang anak lelaki bernama Adam Fateh Lee yang kini berusia empat tahun selepas 10 tahun penantian.