"Perempuan Jadi Imam, Makmum Tak Pakai Telekung" - Teaser Jalan Sesat Ke Syurga Jadi Bualan Netizen!

Amri Hassan
Ogos 3, 2020 02:54 MYT
Trailer dan poster drama rantaian terbaharu Jalan Sesat Ke Syurga menjadi bualan netizen di media sosial.
Mana tidaknya, poster yang memaparkan aksi seorang wanita menjadi imam dan diikuti dengan jemaah makmum yang terdiri daripada lelaki dan wanita yang tidak bertudung mencuri tumpuan ramai.
Kebanyakannya berbicara mengenai drama terbabit dan teruja menantikan tayang pertama pada petang ini.
"Nampak dekat FB, macam drama ajaran sesat. Perempuan jadi imam, ada makmum yang tak pakai tudung dan sebaris dengan lelaki.
"Tiada lagi drama Melayu klise," tulis @madbexer.

Nampak ni dekat FB. Macam drama ajaran sesat. Perempuan jadi imam, ade makmum yang tak pakai telekung dan sebaris dengan lelaki. No more drama melayu yang cliche. "Jalan Sesat Ke Syurga". Akan keluar 3 august di Astro Prima. pic.twitter.com/z307iqrmct

— ???????? ? (@madbexer) July 26, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
"Scary pula tengok trailer drama Jalan Sesat Ke Syurga ni. Tapi aku tetap akan tengok disebabkan lain daripada drama biasa. Nampak padu," tambah @PaanYNWA.

Scary pulak aku tengok Trailer drama "Jalan Sesat Ke Syurga" ni ? Tapi aku tetap akan tengok Disebabkan lain dari drama kebiasaan di Malaysia! Nampak padu! ✌️ Mulai 3 Ogos 2020, Setiap Isnin Hingga Jumaat, 6 Petang. Di Astro Prima. Lock! #Rekomendrama #Jalansesatkesyurga pic.twitter.com/LXbBJQYvNB

— PaanIjam (@PaanYNWA) July 30, 2020
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Jalan Sesat Ke Syurga dibarisi oleh Datuk Aaron Aziz, Siti Elizad, Aleeza Shadan, Datuk Jalaluddin Hassan dan ramai lagi akan mula ditayangkan di saluran Astro Prima pukul 6 petang bermula 3 Ogos.
#Aaron Aziz #Siti Elizad #Jalan Sesat Ke Syurga