“Perempuan, Kalau Bab Tudung Tak Boleh Bawa Bincang”- Isteri Merajuk Tak Dapat Beli Tudung, Raqib Majid Buntu

Syafiqah Jalal
Disember 31, 2019 07:54 MYT
Penyanyi Raqib Majid mendedahkan isterinya, Tasha Manshahar merajuk gara-gara tidak sempat membeli tudung sempena acara yang bakal dihadiri keesokan harinya.
Raqib akui buntu melihat isterinya yang benar-benar mahukan tudung yang sedondon dengan baju yang akan dipakai nanti.
“Merajuk tak dapat beli tudung untuk event esok. Saya ter’delay’ sedikit tadi jumpa orang. Lambat la nak pegi cari tudung.
“Tu yang nak pakai tudung hijau baju pink tu...perempuan bab tudung tak boleh bawa bincang.
“Kita tengok esok betul ke Tasha nak pakai tudung hijau baju pink,” tulisnya.
Raqib berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Menerusi perkongsian itu dia memuat naik rakaman video sedang memujuk isterinya di dalam kereta.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata terhibur dan dalam masa yang sama menyokong Tasha yang mahu membeli tudung.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 8 September lalu di sebuah majlis nikah ringkas di Masjid Jamek Kajang.
Raqib dan Tasha dikurniakan seorang cahaya mata pada 21 Jun lalu.
#Tasha Manshahar #Tudung #Raqib Majid