"Perempuan Sial Yang Tak Sedar Diri Curi Laki Orang" - Tengok Filem Madu Tiga Dengan Cik Ani, Chef Wan Sindir Siapa Tu?

Badrul Hashim
Oktober 9, 2019 05:37 MYT
Memang seronok kalau sesiapa mengikuti Instagram Chef Wan atau Dato' Redzuawan Ismail ini. Beliau banyak berkongsi kisah perjalanan hidup, anak-anak, restoran, dan termasuklah cara dia menjaga ibunya, Noraini Abdullah atau lebih senang dipanggil Cik Ani.
Dalam dua entri di Instagramnya Chef Wan berkongsi dua video menonton filem Madu Tiga lakonan Allahyarham Tan Sri P.Ramlee bersama ibunya ketika sarapan pagi.
"Morning entertaining my mother after breakfast before her morning exercise. She loved this movie Madu Tiga. Siapa la yang tak suka melihat movie ini jika kita sendiri pernah melalui ini semua sendiri mau pun anak-anak sendiri.
"Nasib baik la I was always around there for my mother to take her sorrow and sadness away. Allah saja tahu betapa sedih hati kami," tulis Chef Wan pada satu entri video menonton filem Madu Tiga bersama ibunya.
Tambah Chef Wan, dia tidak boleh melupakan ayat-ayat yang dituturkan dalam filem tersebut, apatah lagi jika diri sendiri dan mahupun anak-anak yang melalui perkara yang sama.
"I never forget that P.Ramlee famous line. 'Perempuan Sial yang tak sedar kan diri curi laki orang. Dah la kawin lagi yang tak pulang ke rumah berhari hari apa pasal?
"Itu la betina-betina yang suka curi laki orang dan musnah kan rumahtangga orang lain kerana gila kan harta dan darjat jangan ingat boleh selalu hidup senang," tulis Chef Wan lagi.
Sampai ketikanya the table is turn and kita pula akan menerima nasib yang sial ni pulak! Enough said!", tambahnya.
Dalam satu entri video, Chef Wan hanya meletakkan kepsyen pendek, lebih kepada nyanyian ibunya mengikuti lagu Madu Tiga yang dinanyikan oleh P.Ramlee.
"Dua-dua sudah pi batu dua tinggal la janda tua!" seloroh Chef Wan.
Semoga Cik Ani dan Chef Wan sentiasa berada di dalam keadaan sihat dan gembira menjalani hidup. Anak yang baik sentiasa menjaga ibunya.
#Chef Wan #Cik Ani #Madu Tiga