"Perempuan Yang Bitter Tu Asalkan I Tak Makan Dengan Boyfriend You .." - Dilabel Mengada Tak Bertempat, Ruhainies Berang!

Zulaikha Yusof
September 12, 2019 00:34 MYT
Pelakon Ruhainies menerima kecaman pengguna media sosial selepas berkongsi apa yang sanggup dilakukan oleh teman lelakinya.
Menerusi laman sosial Twitter, Ruhainies menceritakan kesanggupan teman lelakinya membawa sepinggan nasi kandar ke dalam kereta selepas dirinya enggan makan di dalam kedai.
"Im hungry but taknak makan kat kedai sebab I selekeh.
"Last-last dia order nasi kandaq bawak pinggan masuk kereta and suap I makan hahaha.
"Omg he can be so funny sometimes. How can I not love this guy," tulisnya.

Im hungry but taknak makan kat kedai sebab i selekeh. Last2 dia order nasik kandaq bawak pinggan masuk kereta and suap i makan hahahahaha ??? omg he can be so funny sometimes. How can i not love this guy.. ??? pic.twitter.com/LQ8bVSqKkW

— ruhainies (@NurRuhainies) September 2, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Rentetan dari tweet tersebut, Ruhainies mula menerima kecaman netizen yang menganggap tindakan pelakon itu sangat mengada serta sesuatu yang tidak wajar.

Jarang la perempuan tak menyusahkan lelaki ?? tak pasal2 kena bawak nasi tu dlm kereta .. bruhhh ..

— JOHN,M (@ZulfiqarNorazln) September 4, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Laki tu dh kena nasi kangkang kot ???.

— khairul (@nua6) September 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Ilek guys , bawak betenang ye semua ... Aku tahu yg cantik tak selalunya bijak

— MERO. (@its_Mero_) September 10, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Walau bagaimanapun Ruhainies tidak berdiam malah membalas balik komen tersebut.
"Ramainya bitter. Sakit hati sangat ke tu.
"1. Bersihkan hati anda dan chill.
"2. Lelaki yang bitter hampa layan girlfriend atau wife hampa macam mana? Curiousnya.
3. Perempuan yang bitter tu, asalkan I tak makan dengan boyfriend you. Lol.
4. I tak makan di dalam kereta awak. Lol.
5. Tak pernah buat crazy things dengan pasangan masing-masing ke?"

Ramainya bitter. Sakit hati sangat ke tu ? 1. Bersihkan hati anda & chill. 2. Lelaki yg bitter hampa layan gf/wife hampa mcm mna? Curiousnya. 3. Pmpn yg bitter tu,asalkan i xmkn dgn bf you. Lol 4. I xmkn in YOUR car. Lol 5. Tak prnh buat crazy things dgn ur partner ke ?

— ruhainies (@NurRuhainies) September 11, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Ruhainies mulai aktif di industri hiburan pada tahun 2014 dan lebih dikenali selepas kemunculannya dalam drama Hello, Mr. Perfect! memegang watak sebagai Alya Adriana dan Nurul Ain.
#Ruhainies