Perfect! Gemilangnya Majlis Resepsi Faliq Nasimuddin & Chryseis Tan

Amri Hassan
Julai 9, 2018 12:10 MYT
Selepas diijabkabul pada Februari lalu, pasangan merpati dua sejoli, SM Faliq Nasimuddin dan Chryseis Tan melangsungkan majlis resepsi mereka semalam.
Gilang-gemilang dan penuh meriah! Majlis resepsi yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) itu turut dihadiri oleh barisan tetamu dari luar negara.
Mana tidaknya, kedua-dua mempelai itu telah menjadi penyatu dua empayar korporat tersohor NAZA Group dan Berjaya Group.
Majlis resepsi Faliq dan Chryseis itu sempurna daripada segala aspek; rekaan pelamin, busana pengantin, tatarias, persembahan dan perjalanan acara.
Chryseis menyarung busana rekaan Fiziwoo dan sepatu Jimmy Choo untuk upacara bersanding.
Dan kali ini Fiziwoo sekali lagi mencuri tumpuan dengan rekaan gaun daripada fabrik songket yang diperincikan dengan tulle sutera.
Majlis resepsi pasangan itu turut mengundang anggota kumpulan Westlife, Shane Filan dan boyband popular Blue untuk membuat persembahan.
Apa kata kita lihat foto dan video menarik sepanjang majlis resepsi Faliq dan Chryseis.
Teks oleh: Amri Hassan
Foto: @chrystan_x, @fiziwoo, @cleomsia, @pamper.my
#Viral #Viral #Chryseis Tan #SM Faliq Nasimuddin #Resepsi