Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pergaduhan Belum Selesai, Zara Zya Malas Layan Provokasi -"Saya Tak Suka Nak Balas Balik ..."

Zulaikha Yusof
24/03/2021 03:30 MYT
Pelakon Zara Zya, 36, menyatakan kemelut antara dia dengan seorang lelaki yang bernama Redza Farhan belum lagi menemui titik noktah.

Ketika dihubungi Gempak, Zara berkata dia memilih untuk mendiamkan diri buat seketika waktu kerana tidak suka untuk membalas provokasi.

"Saya belum selesai lagi dengan Redza. Saya tak suka nak balas balik sebab dia tengah push. Jadi memang saya biarkan saja sebab tak suka.

"Kalau ada apa-apa pun, saya tak pernah nak bersuara. Kalau sikit-sikit boleh la tapi untuk jawab dia punya direct message (DM) atau provokasi memang saya rasa tak perlu," katanya.

Tambah pelakon drama Monalisa ini, pada awalnya mereka berniat untuk adakan babak (scene)membaling cookies namun keputusan itu berubah pada hari penggambaran.

Malah, katanya Redza juga sudah dimaklumkan mengenai perubahan itu.

"Mula-mula idea untuk baling cookies itu nak buat supaya bila dalam kamera nampak cebisan cookies yang crumble. Tapi masa nak shoot, kami buat keputusan untuk tak buat sebab rasa membazir buat makanan macam tu.

"Saya fikir penat lelah saya yang buat, rasa sayang pula. Dan perkara itu memang sudah dipersetujui.

"Mula-mula dia (Redza) ada baling sedikit lepas itu kami berhenti sekejap dan explain dekat dia. Tapi masa nak shoot, dia baling lagi. Memang saya marah la," kata Zara.

Ketika ditanya mengenai dakwaan sekadar marketing, pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin tidak ingin ambil pusing dengan kata-kata netizen.

"Biar la apa orang nak cakap, yang penting dia tak ada kat situ. Hanya kami berempat sahaja. Jadi kami tau apa yang terjadi," katanya lagi.

Sebelum ini, Zara memuat naik sebuah rakaman video yang menunjukkan dia berang dengan Redza selepas dibaling dengan cebisan cookies ketika melakukan photoshoot.

Bagi Zara, tindakan lelaki itu keterlaluan kerana jelas berlaku pembaziran terhadap cookies hasil air tangannya.

BACA: "Aku Buat Sampai Malam Tau"- Zara Zya Berang Cookies Air Tangannya Dibaling Untuk Iklan Komersial, Netizen Dakwa Sekadar Marketing?

#Zara Zya #Gaduh #Cookies
;