Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

Pergaduhan Ifa Raziah & Sheeda Hanya Propa... Ini Komen Haiza

Amri Hassan
16/07/2018 04:46 MYT
Penyanyi dan penyampai radio, Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin, 38, menyuarakan pendapatnya yang tidak bersetuju dengan penggunaan gimik untuk melancarkan lagu mahupun produk terbaru.

Menurut Haiza, penggunaan gimik bukanlah cara yang sihat dalam strategi promosi dan ia boleh mendatangkan fitnah.

"Saya tidak bersetuju dengan cara menggunakan gimik untuk memperkenalkan lagu kerana perkara itu hanya mengundang fitnah.

"Lagi pula, saya rasa gimik tidak sesuai untuk orang usia seperti saya," kata Haiza.

Bercakap mengenai gimik pergaduhan penyanyi dangdut Sheeda dan Ifa Raziah, Haiza memberitahu bahawa dia turut berasa tertipu apabila menonton video tersebut.

"Saya pun tertipu dan secara jujur sebagai penonton, kita akan fikir bukan-bukan dan ia boleh menjadi punca pertelagahan di media sosial.

"Tapi terpulanglah kepada mereka, jika mereka rasa perkara itu boleh membantu kerjaya atau produk mereka," tambahnya lagi.

Dalam perkembangan lain, penyanyi yang popular menerusi lagu Dag Dig Dug ini menyatakan hasratnya untuk mempunyai cahaya mata yang kedua selepas dikurniakan yang pertama Nur Iman Syafie, 5.

Teks : Asraf Aided
Sumber : Mstar
#Haiza
;