Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
Hiburan

Pergerakan Terbatas Ketika Mengerjakan Umrah Kerana Isteri Hamil - Saharul Ridzwan

Rozaimi Zubaidi 08/03/2017 | 10:35 MYT
Pelakon Saharul Ridzwan mengakui mengalami sedikit kesukaran ketika mengerjakan Umrah bersama isterinya Qaabila Deena Emir Mohamed Akif Emir pada Awal Februari lalu.
Saharul atau nama sebenarnya Saharul Ridzwan Hashim, 28, berkata, pergerakan isterinya terbatas kerana hamil namun dia dapat melakukan semua ibadah dengan sempurna.
"Ia merupakan pengalaman yang cukup istimewa apabila saya dapat membawa isteri dan bayi dalam kandungan mengerjakan umrah.
"Namun, pergerakan isteri agak terbatas sedikit kerana dia sarat hamil ketika berada di tanah suci.
"Saya juga bersyukur kerana semua urusan ibadah kami di sana berjalan dengan lancar dan ia merupakan kenangan terindah bagi saya.
"InsyAllah jika masih ada peluang pada masa depan kami ingin lagi mengerjakan Umrah bersama anak-anak pula," katanya kepada Gempak.
Saharul berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran drama mini 12 episod Chor & Chah di Flora Terrace, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Tambah Saharul, dia dan isterinya bakal menimang cahaya mata sulung mereka pada bulan Jun depan.
Saharul dan isteri Deena Amir berkahwin pada 16 September tahun lalu.
Teks Oleh : Rozaimi Zubaidi
#Saharul Ridzwan #Hamil #Hamil #Isteri
;