Tempoh pandemik ini pastinya satu situasi sukar buat golongan kanak-kanak apabila perlu sentiasa duduk di rumah.

Ketika inilah, segala hiburan di kaca televisyen dianggap ‘peneman’ buat mereka untuk kekal ceria dan positif.

Kini, mereka boleh terus berhibur dengan variasi siri dan filem menerusi saluran TA-DAA! (621), Cartoon Network (Saluran 615 HD), Nickelodeon (Saluran 616 HD), On Demand dan Astro GO.

Menariknya, kesemua saluran ini merangkumi genre pengembaraan, ‘live action’, komedi keluarga dan pembelajaran.

Antara yang bakal ‘dihidangkan’ termasuklah siri kegemaran animasi seperti anime Jepun yang terkenal, Dragon Ball Super, Sailor Moon Crystal dan Yu-Gi-Oh! VRAINS.

Selain itu, siri aksi pengembaraan Hollywood popular iaitu Dragon Race to the Edge, siri komedi Kung Fu Panda: Paws of Destiny, Powerbirds, All Hail King Julien musim 1, siri pengembaraan kanak-kanak prasekolah popular, Paw Patrol musim 8, siri animasi Korea, Maca & Roni turut ditayangkan.

Tidak cukup dengan itu, filem animasi juga bakal ditayangkan!

Seleksi ini termasuklah, filem animasi fiksyen BoBoiBoy Movie 2 dan Ejen Ali The Movie, filem komedi Kung Fu Panda 3, serta Aliens Ate My Homework.

Semuanya boleh ditonton menerusi tayangan perdana pada setiap Sabtu, 9 malam di TA-DAA! (Saluran 612).

Untuk maklumat lanjut, layari content.astro.com.my.