Aktor Zizan Razak mencuri tumpuan wargamaya apabila berkongsi poster filem terbaru lakonannya, Abang Long Fadil 3.

Menerusi laman sosial Instagram, Zizan memuat naik poster terbaru hasil karya Mono Design itu untuk tatapan umum.

“Jika Fadil datang, anda akan goyang. Jika Fadil sampai maka kejahatan akan selesai,” tulis Zizan menerusi ruangan kapsyen.

Jika Fadil datang. Anda akan goyang. Jika Fadil sampai maka kejahatan akan selesai... #abanglongfadil3 #movie

A post shared by Z I Z A N R A Z A K (@zizanrazak869) on

Menerusi perkongsian itu lagi, Fadil dikhabarkan akan terlibat dalam sebuah misi baru yang lebih mencabar.

Meninjau ke ruangan komen, rata-rata wargamaya dan rakan selebriti tidak sabar menantikan filem aksi komedi ini berada di pawagam.

“Kelasss kau Zizan, macam Tom Kurus dah gaya dia, tak sabar,” kata pengarah Michael Ang.

“Huhhhh seluruh dunia ni,” tulis pelawak Shuib Sepahtu.

“Legend punya cerita ni,” komen seorang wargamaya.

“Wow ada lagi nombor 3, bapak ahh,” komen seorang wargamaya.

“Poster dah ada macam vibe John Wick la pulak,” puji seorang wargamaya lagi.

Selain Zizan, naskhah terbitan Skop Production Sdn Bhd dengan kerjasama Astro Shaw ini turut dibintangi Maya Karin, Johan Raja Lawak, Elizabeth Tan, Daniella Sya, Ozlynn Waty, Wak Doyok dan ramai lagi.

Sehingga kini, tarikh bagi tayangan filem ini berada di pawagam masih belum ditetapkan lagi berikutan wabak COVID-19.

Terdahulu, Abang Long Fadil 2 cemerlang dengan jumlah kutipan RM17.9 juta, sekali gus menjadikan ia sebagai filem tempatan paling laris.