Tidak dinafikan, jika sayang apa saja sanggup dilakukan.

Itulah yang dibuktikan oleh pelakon Shaheizy Sam terhadap isterinya, Syatilla Melvin.

Menerusi satu video yang viral, Syatilla pada awalnya meminta pertolongan daripada Shaheizy atau lebih mesra disapa Sam.

Pertolongan dari segi kewangan itu difahamkan bagi membantu operasi perniagaan Syatilla.

Jumlah yang diperlukan bukan sedikit, sebaliknya ia membabitkan modal sebanyak RM235,000.

Tidak teragak-agak untuk membantu isterinya, Sam dengan mudahnya bersetuju dan meminta supaya wang tersebut diberi pada keesokan harinya.

Terkejut dengan respon suaminya itu, Syatilla kemudian mendedahkan pertolongan tersebut hanyalah ‘prank’ semata-mata.

Anda boleh lihat video penuh ‘prank’ tersebut di bawah.

Kalau kita bantu isteri, insyallah lagi banyak rezki yg kita dapat, barulah isteri makin sayang @shaheizy_sam ? ?? Korang jangan lupa layan Trek Selebriti @samtilla bersama hos @aliffarhan_jr ??? SETIAP RABU| 9.30 PM ASTRO RIA #trekselebriti

A post shared by Official Hlive (@officialhlive) on

Sekadar info Syatilla dan Sam bernikah pada 8 Februari 2016 .

Pasangan itu kemudian dikurniakan sepasang cahaya mata, Sheriv Samheizy dan Sarima Samheizy.

Dalam pada itu jangan lupa saksikan Trek Selebriti bersama hos Aliff Farhan setiap Rabu jam 9.30malam di Astro Ria.