Biarpun bakal ditayangkan secara rasmi pada 8 Ogos ini, namun filem BoBoiBoy Movie 2 (BBBM2) sudah mula menunjukkan 'taring' apabila menduduki carta Top 10 Movies @ GSC.

Semuanya gara-gara keterujaan penonton serta peminat yang membeli tiket BBBM2 secara awal.

Perkembangan positif itu turut dikongsi oleh Ketua Pegawai Eksekutif Animonsta Studios, Nizam Abd Razak di posting Facebook peribadinya.

"Belum keluar tetapi sudah masuk Top 10! Advance ticket sales yang amat memberansangkan. Terima kasih kepada yang dah beli awal!

"Dapatkan tiket anda sekarang! BBBM2 bermula Khamis, 8 Ogos 2019," katanya yang juga pengarah filem BBBM2.


Sementara itu, tinjauan Gempak pada aplikasi TGV, rata-rata masa tayangan filem BBBM2 laris bak goreng pisang panas!

Antara yang hampir 'sold out' termasuklah TGV cawangan Rawang, Cyberjaya dan Tebrau, Johor.



BACA: [Review] BoBoiBoy Movie 2...Filem Animasi Terbaik Pernah Ditonton!

Filem BBBM2 kali ini berkisarkan kewujudan makhluk bernama Retak'ka yang mendakwa dia adalah pengguna asal kuasa elemental kepunyaan BoBoiBoy.

Enggan mengaku kalah, Retak'ka membuat keputusan untuk memburu BoBoiBoy.

Bagaimana BoBoiBoy berdepan dengan Retak'ka? Anda kenalah tonton sendiri dan dapatkan tiket sekarang!