Jika anda sudah lama tidak menonton filem berbentuk adiwira atau superhero, Astro kini membawa bukan satu tetapi dua filem menarik untuk tatapan penonton.

Filem pertama yang bakal menemui penonton adalah Ultraman Taiga The Movie.

Dengan menampilkan tiga Ultraman sekali gus, ia pastinya menjadikan filem superhero ini antara yang dinantikan buat peminat.

Filem ini bakal ditayangkan menerusi Astro First (CH480) dan On Demand di PVR Box atau Ultra Box yang disambungkan ke Wi-Fi dan aplikasi Astro GO.

Anda boleh boleh menonton filem bermula 21 Januari ini dengan harga RM15.

Selain Ultraman Taiga The Movie, filem Wonder Woman 1984 juga bakal ‘dihidangkan’ kepada anda secara eksklusif!

Siapa boleh lupa kekuatan watak Diana dalam Wonder Woman pertama dan kali ini misinya dilihat sungguh berbeza.

Malah, supervillans yang menanti Diana bukanlah biasa-biasa. Persoalannya mampukah Diana menumpaskan mereka?

Anda kenalah tonton filem Wonder Woman 1984 menerusi Astro Best (CH481) dan On Demand Store di PVR Box atau Ultra Box yang disambungkan ke Wi-Fi dan aplikasi Astro GO.

Selepas tayangan di pawagam sekitar Disember lalu tergendala akibat COVID-19, inilah peluang anda menyaksikan Wonder Woman 1984 secara eksklusif, malah menjadi antara terawal menonton filem premium ini.

Pada musim COVID-19 yang membimbangkan, anda akhirnya boleh menonton filem baru dengan selamat bersama keluarga di rumah, malah lebih selesa selama dua hari dengan hanya RM36.

Filem Wonder Woman 1984 akan mula ditayangkan pada 28 Januari ini.

Dapatkan maklumat lanjut di content.astro.com.my.