Gambar finalis Gegar Vaganza 2019 (GV2019) yang disunting menjadi 'superhero' Avengers secara tiba-tiba menjadi perhatian ramai selepas viral di media sosial.

Difahamkan gambar berkenaan dihasilkan oleh individu dikenali sebagai AD Yusof.

Menerusi posting di Facebook miliknya, Yusof memberitahu seronok menyunting gambar berkenaan.

"Perasaan dia lain macam, good luck untuk finalis GV2019.

"Sorry kalau tak cantik, hanya untuk hiburan saja," katanya.

Menerusi gambar tersebut, kelima-lima finalis ditukar kepada watak 'superhero' dalam Avengers End Game.

Sham Visa dipilih menjadi Iron Man, Naqiu sebagai Spiderman dan Hady Mirza pula merupakan Captain Amerika.

Manakala Nurfatima menjadi Captain Marvel, Jatt sebagai Thor dan tiga ahli daripada One Nation Emcees mewakili geng Guardian Of Galaxy dan Jojo pula memegang watak penting sebagai Thanos.

Tidak terkecuali pengacara GV, Nabil Ahmad dan Jihan Muse masing-masing membawa watak sebagai Black Panther dan Okoye.

Jika ada yang tertanya dimanakah juri kesayangan ramai, Datuk Ramli MS atau lebih mesra dipanggil Tok Ram, AD Yusof memilih untuk menjadikannya sebagai The Groot.

Anda boleh lihat gambar comel Tok Ram di bawah.



Untuk menonton kesemua finalis ini beraksi pada konsert akhir GV2019, jangan lupa Ahad ini jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).

Dapatkan juga perkembangan terkini tentang GV2019 hanya di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.

GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia.

Produk yogurt Farmfresh diperkaya dengan protein tinggi dan mineral kalsium yang dapat meningkatkan hormon untuk merendahkan selera makan.

Protein pada yogurt sendiri memberikan rasa mudah kenyang. Jadi, secara tidak langsung ia berfungsi untuk mengawal berat badan!