Akaun Instagram penyanyi dan pelakon muda, Naim Daniel dihujani pelbagai komen nakal netizen apabila dia memuat naik satu gambar menayangkan otot lengan tricepnya.

Gambar yang dimuat naik malam semalam itu turut memaparkan penyanyi Indah Ruhaila dan suaminya.

"Beautiful souls," tulis Naim ringkas sebagai kapsyen.

Beautiful souls.

A post shared by Naim Daniel (@naimdanielx) on

Menjengah ke ruang komen, rata-rata memuji tubuh badan Naim yang kelihatan semakin sasa.

Malah tidak kurang juga yang mengusik penyanyi itu sengaja menayang lengan di media sosial.

Berikut antara komen dan reaksi daripada netizen.

“Naim dah sado baru nak pakai baju tak ada lengan” tulis seorang daripada netizen wanita.

“Perghh sedap tu,” komen peminat lelaki pula.

“Tu otot ke binjai” kata seorang lagi netizen wanita.

“Cantik tricep,” tambah peminat lain.

Sekadar info, Naim memulakan kerjaya seninya sebagai pelakon kanak-kanak semenjak tahun 2008.

Kini, Naim turut dikenali sebagai penyanyi dan single terbarunya, Sumpah sedang menjadi kegilaan peminat muzik tempatan.

Muzik video Sumpah kini meraih lebih 14 juta tontonan di laman YouTube.