Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
Hiburan

Perghh! Filem Terbitan Anak Sarawak Ini Tercalon Oscar? Hebat!

Hanafis Haris 14/01/2020 | 03:37 MYT
Di sebalik kegagalan Upin dan Ipin: Keris Siamang Tunggal ke Anugerah Oscar, Malaysia masih mampu berbangga kerana satu karya telah layak ke pencalonan akhir.
Menampilkan dokumentari pendek yang berjudul St. Louis Superman, siapa sangka karya ini merupakan terbitan anak jati Sarawak.
Difahamkan dokumentari tersebut telah disenarai pendek dari 96 filem yang layak di bawah kategori ‘Documentary Short Subject’.
Filem berdurasi 25 minit ini bakal bersaing dengan karya In The Absence, Learning To Skateboard In A Warzone (If You're A Girl), Life Overtakes Me and Walk Run Cha-Cha.
Berdasarkan kisah benar, filem St. Louis Superman menceritakan hidup seorang aktivis iaitu Bruce Frans Jr. yang berdepan pelbagai cabaran dan trauma mental dalam misi mengubah komunitinya sebagai wakil Missouri.
Filem ini diterbitan oleh Cheyenne yang kini berpangkalan di Amerika Syarikat.
Selain Cheyenne, St. Louis Superman turut diarah Smriti Mundhra, Sami Khan dan anak kelahiran Pulau Pinang, Teng Poh Si.
Untuk rekod, pengumuman senarai calon Anugerah Oscars dibuat menerusi laman web dan saluran YouTube Oscars sekitar jam 9 malam semalam.
Anugerah Oscars pula bakal berlangsung pada 9 Februari ini.
Sumber: The Star
Photo: Handout
#Oscar #Sarawak #Ipin #Upin
;