Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!

Perghh! Ramai Teman Selebriti Puji Kejelitaan Uqasha Senrose

Badrul Hashim
24/10/2018 16:00 MYT
Memang tidak boleh dinafikan Uqasha Senrose sememangnya jelita. Cantik bila bertemu di depan mata, fotogenik bila bergambar. Maka tidak hairanlah kalau teman-teman selebriti sendiri memuji kecantikan Uqasha Senrose.



“Cantiknya awak ni...” ungkap Zulin Aziz.

“Cantik gila sha,” tulis Mira Filza.

“Wowww dik...” kagum Umie Aida.

“Lawa dik,” puji Riz Amin.



Malah ramai netizen memuji kecantikan Uqasha seolah-olah seperti anak patung. Jadi kami belanja sikit gambar-gambar Uqasha untuk tatapan anda. Mana tahu, ianya boleh membuatkan hari anda menjadi lebih indah.











Apa kata kalau hari ini kita jadikan hari kita tidak komen dengan kata-kata yang tidak manis kerana jelitanya Uqasha Senrose adalah ciptaan Yang Maha Esa. Takkan kita nak mengutuk, mahupun memerli ciptaan-Nya, kan?

Kredit Gambar: Instagram @uqashasenrose2
#Uqasha Senrose
;