Pelakon dan usahawan Syatilla Melvin mencuri perhatian wargamaya apabila menyamakan kanta lekap berwarna biru yang dipakai oleh adiknya Syifa Melvin seperti mata seekor anjing.

Menerusi laman sosial Instagram, Syatilla atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirol Melvin, 31, berkongsi video usikan tersebut untuk tatapan umum.

“Siannn, dia taktau Rottweiler tu spesis yang mana,” tulis Tilla.

Menerusi perkongsian Syifa atau nama sebenarnya Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 28, mengenakan kanta lekap warna biru yang dibelinya sewaktu menunaikan ibadah umrah untuk ke bazar Ramadan.

Pada video berdurasi 30 saat itu, aksi dua beradik tersebut kecoh apabila Tilla menyamakan mata biru Syifa seakan-akan mata kucing baka British Short Hair (BSH) dicampurkan dengan anjing jenis Rottweiler.

A post shared by S Y A T I L L A M E L V I N (@samtilla)


Sementara itu di ruangan komen, rata-rata wargamaya terhibur dengan usikan Tilla terhadap mata biru Syifa.

“Hehehe tak Tilla tak pernah tak lawak,” komen seorang wargamaya.

“Mengacau ja kerja,” kata seorang wargamaya.

“Hahaha BSH kacuk dengan Rottweiler jadi Syifa adui,” usik seorang wargamaya.

“I punya la tunggu kucing tu hahah baru perasam weh mata dia,” usik seorang wargamaya lagi.

Sehingga kini, perkongsian tersebut telah menerima hampir 250,000 tontonan oleh pengikutnya.