Berita Tempatan Pergi Jumpa Doktor Pakar Jika Keliru Ketika Buang Air Kecil Elrafaei Sapi 13/08/2018 | 15:26 MYT KEKELIRUAN GENDER MEMBAWA KEPADA KEKELIRUAN TANDAS Ramai betul yang bertanya saya soalan mengenai tandas mana LGBT patut masuk? Entah mengapa tiba-tiba soalan seperti ini pun boleh muncul? Nampaknya, kekeliruan gender membawa kepada kekeliruan tandas. Saya ingin mencadangkan jika kekeliruan ini terjadi kepada mana-mana individu, disyorkan dia berjumpa pakar untuk memeriksa dirinya semasa dia membuang air kecil di saluran mana air itu keluar. Jika ia keluar melalui alat sulit lelaki, silalah ke tandas lelaki. Jika keluar melalui alat sulit wanita, sila ke tandas wanita. Jika tidak keluar langsung, ataupun keluar tidak melalui alat sulit lelaki ataupun wanita, silalah ke hospital. Jika doktor kata anda cacat, bolehlah ke tandas orang kurang upaya (OKU). Jika tiada kemampuan menemui pakar, rasanya diri sendiri pun boleh memeriksa alat kemaluan sendiri. A post shared by Dr MAZA (@drmaza_official) on Aug 12, 2018 at 6:26pm PDT Topik Berkaitan #LGBT #Dr Maza #Mufti Perlis Must-Watch Video Read more