“Pergi La Makkah Pakcik Woi” - Disuruh Pergi Umrah Kerana Beli iPhone 11, Pakcik Ini Rupa-Rupanya…..

Azwa Rahman
September 30, 2019 11:16 MYT
Jangan menilai sesuatu hanya berdasarkan penampilan luarannya sahaja.
Hanya kerana berpakaian kasual dan berkopiah, seorang lelaki yang kelihatan agak berusia disindir wargamaya supaya menunaikan umrah daripada berhabisan wang membeli telefon pintar.
Menerusi laman sosial Twitter, pautan kisah pembelian pakcik tersebut yang dikongsi oleh sebuah kedai gajet di Kota Bharu, @SwitchTM diserang netizen gara-gara lelaki tersebut membeli sebuah iPhone 11 Pro 512GB pada harga RM6,499.

Our first and 2nd customers for the brand new iPhone 11 Pro Max and iPhone 11 Pro at Switch Kota Bharu Trade Centre ? @XavierNaxa pic.twitter.com/dvaK8vEhCs

— Switch Apple Mac (@SwitchTM) September 27, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.

Pegi la mekah pakcik woii

— blackkambing ♑ (@cecil431cqeers) September 28, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Namun, apa yang menarik perhatian wargamaya adalah ‘pakcik’ tersebut bukan calang-calang orang kerana dia merupakan seorang doktor di sebuah hospital swasta.
Seorang netizen turut mendedahkan lelaki tersebut bernama Dr Awang Nila Ismail.

Meleis: "pakcik better pergi Umrah la dari beli iphone euww bla bla bla" Meanwhile he's one of best Specialist in KPJ Medical Centre, Kota Bharu. Moral of story, please don't judge people by their appearance. You don't have money then just fuckin shut up. Simple! https://t.co/n7UXiAxsC8

— Nik Nazwan ⚯͛ (@nik_nazwan) September 27, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
“Beliau adalah doktor pakar terbaik di KPJ Medical Centre, Kota Baru. Secara moralnya, jangan menghakimi individu berdasarkan penampilannya,” coret Nik Nazwan.
Meninjau ke ruangan komen, ramai yang turut mengenali Dr Awang Nila kerana dikenali sebagai seorang yang suka membantu pesakitnya.
“He is Dr. Awang Nila, doktor yang sambut kelahiran abang sulung saya masa mama nak melahirkan anak sulung dia pada 4/10/1991 di HUSM Kubang Kerian dulu sampai sekarang Dr. Awang dan family masih lagi keep in touch dengan family,” ujar seorang netizen.
“The O&G specialist who assisted me during my labour at KPJ Perdana, KB. Kalau dia nak, dia boleh pergi Makkah balik hari la. Duhh. Suka sangat judge orang based on appearance,” komen seorang netizen.
“Baru nak reply " Eh! Ni bukan Dr Awang Nila ke? Haha. Btw dia la doktor yang 'buangkan' my mom punya cyst late in Feb 2015. He's act very sweet and humble person,” puji seorang netizen lagi.
“Most of his children are Alhafizah dan Alhafiz, dan most of them jugak sambung medic dan dentist di overseas. Mulut netizen yang mengata ni anak hafaz quran ke? Umrah dah berapa kali?” tanya seorang netizen lagi.
#Netizen #Malaysia #Kelantan