Kecoh di platform TikTok mengenai luahan seorang wanita yang terpaksa menahan sabar apabila jirannya bertindak bermain mercun di lokasi yang tidak sesuai.

Apa yang membuatkan wanita berkenaan mula ‘naik hantu’, jiran tersebut dikatakan bermain di laman koridor Kondominium.

“Sejenis b*t*k duduk condo tapi mentality ke laut. Nak main mercun pergi la tempat lain. #Jirandarineraka,” katanya

Jelasnya, kekecohan berlaku apabila jirannya itu mula membaling mercun di kawasan koridor dan berhampiran lif.

“Dan bila aku tengah masak, dia (jiran) main mercun bola depan rumah aku kuat gila bunyi.

“So aku keluar cek saja tunggu dia pass by. Bila aku nak tutup pintu kata aku nak skodeng,” katanya.

Menerusi video berkenaan, jelas kelihatan keadaaan koridor yang kotor dengan serpihan letupan mercun.

Malah, menerusi video itu juga boleh dilihat berlakunya ‘perang mulut’ antara wanita tersebut dengan individu berkenaan.