“Pergi Makan Ramai-Ramai Satu Meja Dah Kenapa?”- Adibah Noor
Syafiqah Jalal
Februari 14, 2021 12:50 MYT
Februari 14, 2021 12:50 MYT
Penyanyi Adibah Noor menyelar tindakan individu yang tidak bertanggungjawab melanggar prosedur operasi standard (SOP) di restoran apabila duduk di meja melebihi dua orang.
Menurut Adibah sepatutnya SOP yang diberikan sudah jelas dan perlu dipatuhi.
“Dah orang kata kalau nak makan luar, satu meja 2 orang... yang kome fefeeling entitled tu pergi makan ramai-ramai satu meja DAH KENAPA????
“Bila orang salahkan kita punca spread Covid-19 marah kan??,” tegasnya.
Pelantun lagu Terlalu Istimewa itu meluahkan rasa kesal tersebut di akaun Twitter miliknya.
Pun begitu, Adibah tidak mendedahkan siapa individu yang dimaksudkan.
dah org kata kalau nak makan luar, satu meja 2 orang... yg kome fefeeling entitled tu pegi makan ramai2 satu meja DAH KENAPA???? bila org salahkan kita punca spread covid marah kan??
— ADIBAH NOOR ??? (@adibahnoor) February 13, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Difahamkan pasangan tersebut berhenti makan di restoran tersebut ketika perjalanan ke Kelantan sempena pelancaran pembukaan cawangan kedai minuman dan pencuci mulut mereka di sana.