Pelakon Puteri Aishah menerima kritikan wargamaya apabila dia disahkan positif COVID-19 kerana sebelum ini dia menjalani penggambaran di Scotland pada 15 Mac lalu.

Menerusi laman sosial Twitter, Puteri dan seluruh ahli produksi menerima kecaman kerana masih keluar negara apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa yang pertama dilaksanakan pada 18 hingga 31 Mac lalu.

Hasil tinjauan Gempak, rata-rata wargamaya mengecam tindakan pihak produksi yang masih menjalani proses penggambaran dan keluar negara walaupun seluruh dunia sedang dilanda wabak merbahaya.

Namun, tidak kurang juga ramai yang bersimpati dengan Puteri yang disahkan positif walaupun sebelum itu dia dilihat mempromosikan penerbangan Turkish Airlines yang menjalankan proses sanitasi sebelum berlepas.

“Tidak didedahkan butiran perjalanan pulang. Individu lain + krew terdedah risiko. Scotland kini dari 74 ke 296 kematian & 4,229 kes positif. Hello KKM?” tegur seorang wargamaya.

“Seorang lagi seleberiti kena? Shooting 15 Mac? Bodoh ke bodoh?” marah seorang wargamaya.

“Tapi kesian juga dia. Pergi Scotland sebab shooting drama. So nak tak nak kena ikut arahan pengarah,” kata seorang wargamaya.

“Hari tu tengok dia promote Turkish Airline dekat IG dia, nak kata Turkish Airline ni jaga kebersihan, buat sanitasi. Tapi benda dah nak kena kat sana kan. Haih,” luah seorang wargamaya.

Terdahulu, pelakon itu menjadi selebriti kedua selepas PU Riz yang disahkan positif COVID-19.

Baca: Puteri Aishah Positif COVID-19 Selepas Pulang Dari Scotland