BERITA
“Pergilah & Balik Selamat Semua...”- Aliff Syukri Hantar Isteri Menunaikan Haji
Jutawan kosmetik, Datuk Seri Aliff Syukri mendedahkan isterinya Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid ke Tanah Suci Makkah untuk menunaikan ibadah Haji.
Aliff memberitahu Shahida berangkat ke tanah suci pada pagi ini.
Aliff turut mendoakan agar urusan serta perjalanan isterinya menunaikan Rukun Islam kelima itu dipermudahkan dan selamat.
“Good morning.. Hari ni Abang nak hantar isteri abang pergi haji doakan perjalanan dia selamat..
“Pergilah dan balik selamat smua.. amin-amin,” tulisnya.
Aliff berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya
Menerusi perkongsian tersebut dia turut memuat naik fotonya bersama isteri.
Rata-rata pengikutnya turut mendoakan urusan Shahida dipermudahkan dan selamat.
Shahida meninggalkan empat orang anaknya serta seorang anak angkatnya bersama Aliff untuk menunaikan ibadah tersebut.
Must-Watch Video