Perginya Raja 'Pleat'... Pereka Fesyen Issey Miyake Meninggal Dunia Kerana Kanser Hati
Amri Hassan
09/08/2022 10:24 MYT
09/08/2022 10:24 MYT
Pereka fesyen popular Jepun, Issey Miyake meninggal dunia pada usia 84 tahun di pejabatnya di Tokyo pada Jumaat.
"Beliau telah meninggal dunia pada petang 5 Ogos lalu," maklum sumber terdekat kepada media antarabangsa.
Majlis pengebumian mendiang telah pun berlangsung yang hanya dihadiri kenalan rapat beliau seperti yang dimahukan.
Menurut laporan penyiar awam NHK dan media Jepun serta agensi berita Kyodo, punca kematian beliau difahamkan kerana kanser hati.
Miyake pernah menjadi pereka fesyen muda Jepun yang berjaya meletakkan diri di persada fesyen global di Paris pada awal 1970-an.
Beliau merupakan pencetus kepada pembuatan pakaian selesa menggunakan teknologi semasa pada masa sama mengangkat kemegahan haute couture dengan cara tersendiri.
Dilahirkan di Hiroshima pada 1938, Miyake baru berusia tujuh tahun ketika Amerika Syarikat mengebom bandarnya pada Ogos 1945.
Miyake kemudiannya membuka Miyake Design Studios di Tokyo pada 1970 dan sebelum melancarkan butik pakaian pertamanya di kota Paris.
Pada era 1980-an, kariernya makin melonjak apabila mula bereksperimen dengan pelbagai bahan dari plastik, besi dan kertas.
Ketika itu juga Miyake telah membangunkan cara terbaharu untuk mencipta pleating dengan membalut fabrik antara lapisan kertas dan menggunakan haba bertekanan tinggi untuk mengekalkan bentuknya.
Miyake pernah menyatakan hasrat untuk menjadi seorang penari atau atlet ketika usia mudanya namun minatnya berubah apabila terbaca majalah fesyen milik kakaknya.
Miyake juga merupakan pelajar reka grafik di Tokyo Art University sebelum berpindah ke Paris pada 1960-an untuk bekerja dengan pereka fesyen Guy Laroche dan Hubert de Givenchy.
Kemudian Miyake berpindah ke New York untuk sementara waktu dan balik ke Tokyo pada 1970 untuk membuka Miyake Design Studio.
Rumah fesyennya telah menghasilkan pelbagai koleksi luar biasa pakaian lelaki dan wanita selain beg, jam tangan dan rangkaian minyak wangi, L'Eau d'Issey pada 1992 yang terjual setiap 14 saat.
Miyake pernah diminta oleh pengasas bersama Apple, Steve Job untuk mereka jumper turtleneck ikonik yang hanya direka 100 helai, bernilai AS$175 (RM779) setiap satu.