Laman Utama

“Pergunungan Adam & Hawa Bertemu” - Guna Bunga Segar, Pelamin Neelofa & Haris Diinspirasikan Daripada Jabal Rahmah

gempak
Azwa Rahman
28/03/2021
08:50 MYT
Sponsor Banner
“Pergunungan Adam & Hawa Bertemu” - Guna Bunga Segar, Pelamin Neelofa & Haris Diinspirasikan Daripada Jabal Rahmah
Kemeriahan majlis perkahwinan bekas pengacara MeleTOP, Noor Neelofa dan pendakwah bebas PU Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail masih diperkatakan sehingga ke hari ini.
Apa yang menarik perhatian ramai adalah rekaan pelamin pasangan mempelai yang diinspirasikan oleh Jabal Rahmah, gunung yang menjadi titik pertemuan Nabi Adam dan Hawa.
Direka oleh pereka majlis terkenal Rekateemor, difahamkan 4 tan bunga ros segar digunakan untuk merealisasikan impian pelamin tersebut.
“The Jabal Rahmah. Tiga minggu menyorok dari paparazi untuk merahsiakan pelaminan diinspirasikan pergunungan di mana Adam dan Hawa dipertemukan,” tulis pihak Rekateemor menerusi laman Instagram mereka.
Di ruangan Twitter pula, pengacara majlis Ahmad Fedtri Yahya juga turut berkongsi pelamin indah milik Neelofa dan Haris. Sementara itu di ruangan balas, perkongsian inspirasi di sebalik pelamin tersebut mengundang pelbagai reaksi daripada wargamaya.
No wonder its beautiful, the inspiration behind the concept pun indah,” komen seorang wargamaya.
Katanya guna 4 tan bunga. Komen dekat FB: Kahwin tema islamik tp buat pembaziran. Tiba2 aku teringat owner Rekateemor ckp bila orang mampu buat kahwin gah. Maknanya ramai peniaga yg dpt dibantu. Contoh mcm bila lofa nak kahwin bunga 4 tan. Maknanya penjual bunga tu dpt rezeki,” tulis seorang wargamaya.
Wait, why are there comments saying that this is menunggang agama? It’s their chosen concept/theme. Suka hati lah nak buat jabal rahmah ke, garden wedding ke, tropical wedding ke, bohemian ke, fairytale ke.. Uols kahwin pun ada je tema kan walau sikit atau sekadar warna?” kata seorang wargamaya.
Pelamin Neelofa konsep jabal rahmah rupanya. Lepas tu baca komen ada tulis, kenapa tak letak Kaabah terus. Lah, kalau letak Kaabah jadi kursus haji pulak,” ujar seorang wargamaya.
“Ada yg kata membazir. Biar lah duit dia. Lagipun we all know neelofa wait for years wehh. Biarkan je lah,” komen seorang wargamaya lagi.
Pada Sabtu, Neelofa, 32, dan PU Riz, 26, selamat bergelar suami isteri dalam sebuah majlis tertutup serba putih yang diadakan di hotel Grand Hyatt, Kuala Lumpur.
Majlis yang terdiri daripada 200 tetamu itu dihadiri teman-teman rapat selebriti dan ahli keluarga kedua-dua belah pihak.
Kredit foto: Instagram dan Twitter Fedtri Yahya
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live